Tuesday, March 6, 2018

Day 6 : Kia Ora New Zealand - Auckland Airport - Christchurch


ok sedikit info untuk yang mencari cara di mana nak tinggal sementara menunggu flight ke South NZ. Ada beberapa cara :

1. Tidur di Airport (Level 1) area KFC & MCD kat situ ada kerusi panjang
2. Hotel Ibis
3. Airport Lodge Motel - free pickup (RM700)

mcm kami tak perlu bermalam sbb kami mmg sewa Apartment Princeton di city.

ok sambung cerita di Auckland Airport. Lepas makan dan minum2 di foodcourt, kami pun bertolak ke Christchurch dan tiba pada jam 10.30 malam. 

menunggu bag sampai...cepat je proses almaklumla domestik
Masa ni dah gelap dan sejukkk... call shuttle hotel daripada telefon yang disediakan di Airport. ni gambar hasil search sbb lupa nak snap masa tu..


nampak tak muka keletihan angkut bag

senang je telephone area ni sebelah i-site je.. lepas call shuttle nnt tunggu di luar area exit 1..takpe masa call nnt dia akan bgtau tunggu di mana..

ok selepas lebh kurang 10 minit shuttle pun sampai ke penginapan kami malam ni iaitu di Jucy Snooze Christchurch

Jenis bilik : 4 SINGLE FEMALE POD
Harga : RM117 ataupun NZD38 (murah sgt la utk nak bermalam sekejap je pun) mmg betul2 mandi dan tidur je ni

Actually kat sini ada je jenis bilik lain...tapi kami memilih pod (mcm capsule) sbb first time merasa tidur di tempat mcm ni.. sangat bersih dan canggih. boleh tgk gambar dan penerangan di bawah ya..

muat utk belunjur kaki

saya dapat tingkat atas, tak sesuai bg yg gayat. 

semua bag2 tu boleh masuk dlm locker..luas sbnrnya locker tu, password set sendiri jgn lupa sudah la

locker yang boleh muat bag besar.. passcode set sendiri
ada lampu dan warmer serta power plug di dalam

jgn lupa tutup langsir :)

selesa je nk baring..tapi jgn mimpi terjun tangga sudah la

ni kawasan luar jucy snooze.. jln kaki pun boleh ke airport dlm 15 minit la kalau cara saya berjalan (slow). countdown dan kedai2 makan ada di sebelah je
 
receptionist pun sempoi je

self check in dan check out pakai machine je ambil kad (kunci bilik).. canggih kan

perlukan info dan passport org yang booking




nampak mcm rendah tp sebenarnya agak tinggi cuak jugak la nak memanjat


bersih !

riang makan, masak & chill, power charge pun di mana2

boleh masak di sini...

cantik kan...
selepas sarapan dan checkout kami terus contact Apex Car Rentals shuttle. Senang kan ada shuttle terus ke pejabat Apex utk collect kereta. Jangan lupa sediakan photocopy driving licence utk semua yang akan drive. Macam kami semua akan drive iaitu 4 orang.


jaga bag sementara tunggu 2 lagi daftar, tp masih kena tunjuk muka sbb incharge person nak tgk muka setiap org yang akan memandu

tudia byknya kereta..mana satu kereta kami kan

yang bertanda pink tu maksudnya tak cover insurance ..huhuhu


ok kami dah sedia utk memulakan perjalanan..
Destinasi pertama : Pak N Save Ricarton
dalam ni ada juga halal food iaitu di Level 1 Westfield Riccarton (sebelah Pak n Save). Saya memilih Kebabland. ada juga makanan lain boleh la pilih nnt. 

Kemudian kami teruskan perjalanan ke arah Arthur Pass iaitu 4 jam. boleh la berhenti2 di lokasi cantik ya..

Layankan gambar kami sepanjang Arthur Pass ni dan juga Castle Hill..Cantik sangat..panjat sampai atas tau...




snap dlm kereta je


sibuk snap 


berhenti bergambar di tgh jalan sbb kereta tak ada

lembu2 tu belek je jgn pegang pagar letrik no na...ada yang melekat situ tak balik2
sila la allocate kan masa utk bergambar sbb NZ di semua tempat cantik
Barista lagi utk hilangkan mengantuk

ok sambung sekejap perjalanan dan jumpa pulak castle hill... adoi cantiknya lah..tarak tahan oooo..bertahan la menapak sampai atas tu sbb nak gambar yang cantik






  






yeay dah sampai atas.. 

bukti semua dah sampai atas





lembu2 nampak kecik je dari atas








nampak tak pokok di bawah tempat saya lepak tadi


**
oh ya kat sepanjang jalan ni mmg la ada toilet awam tapi takde air kena bawak botol yang berisi air ya bknnya botol kosong.. kalau takde cari la tandas awam di stesen minyak ya

**

ok selepas sambung perjalanan ke arah Hokitika. Hokitika ni merupakan kawasan laut..kami sengaja mencari accomodation di sini untuk berehat selepas di dalam kereta. Tapi memang dah booking awal2 di Malaysia utk mengelakkan kehabisan bilik.

Itinerary di hokitika : sunset di Pantai
ok layan gambar


sejuk masa ni berangin...

kami berempat...topi baru beli di All Black :)

motel pun ada
luas untuk parking..depan motorhome tu ada toilet dan shared kitchen

ni bilik kami.. ada juga service laundry cuma masukkan ceiling utk basuh dan dry
camp site yang boleh juga disewa utk motorhome

cantikkan view... tapi jalan agak berselekoh.. hati-hati...



jalan2 di kawasan perumahan tepi pantai Hokitika

sejuk dah masa ni sbb dah nak gelap






ok saya ulang balik info tentang sewa kereta

Company : Apex Car Rentals, ChristchurchJenis Kereta : Nissan TiidaJumlah sewa utk 10 hari : RM1,600 (per car)
Minyak utk 10 hari : RM1,600 (per car)
Deposit : Tiada
Bond : Tiada 
Insurance : Zero Risk (cover semua)

condition kereta agak lama tapi apa nak buat itu yang murah kan.. kami kan lama kalau sewa byk hari mcm ni mana la boleh memilih sangat... dan nampak tak kos minyak di NZ.. sekali isi ratus2 tekejut kan.. yang pasti boleh sediakan card credi jadi tak perlu bawak cash yang banyak.

Jucy Snooze
Jenis bilik : 4 SINGLE FEMALE POD
Harga : RM117 ataupun NZD38

Hokkitika 252 beachside & motels 
Jenis bilik : Cabin (4 pax)
Harga : RM301 atau NZD118


POST YANG BERKAITAN NEW ZEALAND  :



No comments:

Post a Comment

Hai.. thanks sbb sudi meninggalkan komen ye